Followers

Dec 14, 2011

7 Trick Mula Business Fotografi Modal Kecil

1. Jika anda mahu jadi Photographer Wedding - Pinjam kamera rakan-rakan (jika sendiri tiada kamera tetapi hanya ada idea) yang anda kenali dan mulakan dengan pembangunan portfolio anda sendiri. Zahirkan idea dalam gambar anda dan kemudian bina sebuah blog gambar untuk anda kongsikan gambar anda kepada pasangan pengantin yang anda kenali. Upload kan juga ke dalam facebook dan dapatkan pengantin tag gambar itu kepada kawan-kawan dan pastikan anda ada sediakan pakej-pakej hebat dalam blog dan fb anda sekiranya rakan-rakan pengantin yg datang menjengah tengok gambar yg anda ambil mahukan anda shoot perkahwinan mereka. Ambil deposit mereka dan beli camera sendiri.


2. Gunakan kamera yang anda ada dan ambil gambar-gambar mudah yang ada nilai stok mikro kemudian anda daftar masuk sebagai penyumbang stok mikro. Lakukan secara konsisten dan anda berpotensi untuk menjana ribuan USD sebulan sekiranya anda lakukannya secara berterusan.

3. Jika anda mahu menjadi jurugambar hotel dan pelancongan. Semasa anda bercuti di hotel yg mewah (mungkin tajaan syarikat atau sendiri) anda mulakan dgn sessi fotografi bilik anda dahulu dan juga sekitar hotel itu. Dengan cara itu anda dapat menambahkan portfolio anda. Jika anda kongsikan gambar itu dalam blog anda, orang jarang tanya "Ini job ke atau suka-suka?". Tapi anda mesti lakukan secara professional dan pastikan gambar itu setaraf jurufoto hebat. Bayangkan jika anda bermalam di Tanjung Jara Resort dan anda ada koleksi gambarnya, maka orang lain aka rasa anda sangat hebat dan layak untuk diberikan tugasan-tugasan lain.

4. Jika anda mahu jadi jurugambar industrial, anda mungkin bekerja di dalam kilang, pelantar minyak, kawasan pembinaan yang anda ada banyak subjek industrial yang boleh anda adakan koleksi. Kemudian, anda boleh jualkan gambar-gambar itu kepada boss anda ataupun ke dalam stok mikro. Setidak-tidaknya, portfolio anda akan berkembang dan kelihatan seperti anda ada portfolio yang hebat bagi anda memancing tugasan-tugasan yang lain.

5. Gunakan kamera anda untuk ambil gambar landskap dan jualkannya secara online bagi penggemar koleksi foto landskap utk mereka hias rumah mereka.

6. Berikan restoran-restoran atau kedai-kedai makan disekitar anda perkhidmatan food photography. SHOOT dahulu, kalau tak suka tak payah bayar. Dengan cara ini anda mudah untuk memasuki pasaran dan pastinya jika cantik, pemilik restoran juga tidak mahu hilang gambar itu kan? Dan seterus-seterusnya anda telahpun ada portfolio untuk anda caj dahulu sebelum anda shoot.

7. Mulakan dengan menjadi tagger dalam wedding jurugambar yang anda kenali dan belajar melalui cara mereka. Anda bangunkan keyakinan anda dan mulakan dengan portfolio yang ada untuk anda mulakan kerjaya anda sendiri.

Selamat mencuba!

Credit to : Shukri Othman from SEMBANG SEMBANG FOTOGRAPHI KUDWORKSHOP

No comments:

Post a Comment

betrayal paid with blood!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...