PIZA adalah antara sajian yang sentiasa mendapat tempat di hati  kanak-kanak dan kebanyakan daripada kita. Ia berasal dari Itali dan  sungguh popular sebagai makanan segera. Malah, ia boleh didingin beku  dengan mudah untuk disimpan selama beberapa minggu di dalam peti  pembeku.
Ada tiga langkah utama dalam menyediakan piza. Pertama, bahagian  dasar. Memandangkan doh menggunakan yis, ketelitian perlu bila  mengadunnya. Yis adalah bahan yang amat sensitif dengan suhu. Pastikan  yis yang digunakan masih baru dan aktif.
Yis yang tidak aktif atau mati tidak mampu mengembangkan adunan.  Hasilnya, piza akan menjadi keras dan tidak gebu. Yis menjadi tidak  aktif jika ia terkena garam. Jadi, hendaklah dimasukkan garam ke dalam  tepung terlebih dulu. Dengan cara ini, ia tidak akan tersentuh secara  langsung dengan yis.
Jangan gunakan air panas kerana fungsi yis akan terbantut. Hanya  gunakan air suam. Namun begitu, jika anda menguli dengan mesin, lebih  sesuai menggunakan air sejuk. Ini kerana kepanasan doh meningkat dengan  sendirinya bila diuli dengan mesin dalam jangka masa yang agak lama.
Teknik ulian mesti betul bila membuat doh piza. Lakukan di atas papan  pencanai yang ditaburkan dengan tepung. Tolak doh dengan tapak tangan  secara terus-menerus. Tarik dan tolak doh sehingga ia menjadi lembut,  licin dan halus permukaannya. Jangan lupa gunakan tepung roti atau  tepung berprotein tinggi kerana kandungan gluten memudahkan doh kembang.
 Pelembut roti akan membuat doh piza lebih lembut.manakala 
bread improver mempercepatkan proses  mengembangkannya. Doh mesti diletak di tempat hangat supaya mudah  kembang. Tempat paling baik adalah di dalam kereta yang diletakkan di  bawah matahari terik.
|  | 
| sumber- encik google | 
Cara lain ialah menyediakan bekas besar atau periuk pengukus berisi  air mendidih. Letak mangkuk berisi doh dengan penutup tuala. Kemudian  tutup pengukus itu dan biarkan. Untuk menjimatkan masa, boleh gunakan  sos piza di dalam botol.
Anda juga boleh menyediakannya sendiri dan  menyimpannya untuk digunakan pada waktu lain. Sos ini jugalah asas  kepada sos tomato untuk spageti bolognese dan lasagne. Jika tidak cukup  masa, campurkan sos tomato dan sos cili. Kemudian sapukan di atas doh  piza. 
Bahan atas untuk piza boleh diubahsuai mengikut selera masing-masing.  Jika menggunakan daging atau ayam cincang, anda hendaklah memasaknya  terlebih dulu. Tambahkan cili Benggala atau lain-lain sayuran yang anda  gemari. Untuk menjimatkan masa, boleh gunakan sardin atau tuna di dalam  tin.
Hirisan sosej atau salami lembu adalah pilihan yang sesuai. Salami  adalah daging atau ayam dalam bentuk sosej yang sudah dicampur rempah  dan disalai atau diproses hingga masak. Bagi penggemar sayur-sayuran  pula, boleh mencelurnya sebelum digunakan. 
 Selain keju mozarela, anda boleh gunakan parutan keju cheddar.  Sebaik-baiknya anda parut terus ke atas piza untuk mengelakkan ia  berketul atau bergumpal.
Jika sukar mendapatkan oregano kering dalam botol, boleh gantikan dengan Italian 
seasoning.  Herba seperti ini adalah penting untuk memberikan rasa asli atau  autentik piza. Sekiranya anda boleh memperoleh daun basil segar,  taburkan di atas piza sebaik saja ia dikeluarkan dari ketuhar.
Untuk menyimpan piza secara dingin beku, bakar sehingga separuh  masak. Kemudian biar sejuk. Bungkus dengan plastik nipis sebelum diletak  di dalam bekas bertutup. Anda juga boleh membungkus dengan kertas  timah. Kemudian barulah disimpan dalam peti pembeku. Biar piza kembali  ke suhu bilik semula sebelum dibakar seperti biasa.
 Bagi yang tidak mempunyai masa atau kesabaran untuk menguli doh piza  sendiri, boleh gunakan roti pitta. Selain menjimatkan masa, anda juga  boleh mempelbagaikan bahan atasnya mengikut bajet dan kreativiti  sendiri.
Lagi imej2 pizza yg mampu buat korg terliur...
|  | 
| uish... terliur aku... adess... | 
p/s: dh lme tol x mkn pizza weyh... kepingin ni... adess... cuti lmbt lg woo... syok dlu dpt mkn sme2 ngn family aku... haha... aku n abg aku ler yg lahap giler... skali beli msti beli yg meal no 6... 2 large!! kenyang.....
serius aku rndu ngn family aku... nk blekk..................
 
lapar la pula tgk ntry ni...hehe
ReplyDelete