- Ada Ijazah Sarjana Muda - maksudnya dah habis belajar. Yang sedang belajar, tak payah dok gatai nak apply - tak layak. Pergi habiskan belajar dulu. Yang duk bercinta masa belajar sampai belajar ntah kemana kantoi, pon tak layak. Gatai.
- Yang dah dapat transkrip penuh dengan result Kelas Pertama SAHAJA.
- Sepanjang tempoh belajar, korang HANYA dapat PTPTN. Maksudnya bagi yang berjanji SETIA SEHIDUP SEMATI dengan PTPTN sahaja yang layak. Bagi student yang mula-mula dapat PTPTN lepas tu tengah-tengah belajar dapat JPA ke, biasiswa lain ke - anda tidak layak untuk memohon. PTPTN kata korang tak setia dengan dorang. Bukan aku kata eh, PTPTN yang kata.
- Tu je la yang aku tau. Nak lebih-lebih call sendiri. Dail nombor ni : 03-20804455. Aku nasihatkan pada siapa-siapa yang ada telefon opis, guna telefon opis. U know PTPTN lah kan. Apa-apa mesti nak caj mahal. Tengok caj pentabiran sudah. Cekik darah 3%.
STEP 1 : Isi borang Akuan Pelajar. Borang dia rupa dia macam ni.

STEP 2 : Orang berbudi kita berbahasa. Sediakan satu surat rasmi menyatakan kesungguhan anda untuk memohon pertukaran status pinjaman kepada biasiswa. Ayat bagi la bersemangat sikit. Jangan nak ala-kadar je. Dah pakai duit orang, jangan malas nak berbahasa. Jangan pulak lupa ucap terima kasih kat PTPTN sebab dah bagi duit untuk belajar - walaupun duit tu bukanlah semua guna buat belajar pon. Buku pon fotostat. Ceh macam la aku tak tau. Aku biasa buat.
Kat bawah ni contoh surat aku. Aku ngaku awal-awal. Ayat memang poyo. Pedulik hape aku. Janji dapat convert biasiswa. Siapa nak tiru, sila. Aku halalkan. Siapa gelakkan ayat aku, lepas tu copy, aku tak halalkan. Serius.

Aku yakin, Nursuhaila mesti tiru ayat aku. Rashila pon. :D
STEP 3 : Sediakan satu salinan sijil konvokesyen dan set sijil transkrip penuh peperiksaan korang. Salinan itu PERLU disahkan oleh Bahagian Akademik Universiti SAHAJA. Jangan nak mintak bapak sendiri yang sahkan. Mentang-mentanglah bapak orang besar. Cis.
Contoh :

STEP 4 : Masukkan dokumen-dokumen yang telah LENGKAP tadi dalam sampul surat. Check betul-betul. Jangan ada yang tertinggal. Dah masukkan dalam sampul surat, pos pada PTPTN.

Nak hantar ke mana? Alamatnya kat sini [klik]. Usulkan pada Bahagian Penguatkuasaan dan Kutipan Balik.
STEP 5 : Berdoa semoga permohonan diluluskan. Kita dah usaha, sekarang tawakal. Serahkan semuanya pada Dia. Semuanya rezeki Allah.
sumber:http://hazerin.blogspot.com/2010/10/step-by-step-permohonan-penukaran.html
No comments:
Post a Comment
betrayal paid with blood!!